Friday, November 13, 2009

MJ this is it

wayang "MJ this is it" jadi tontonan aku ari minggu lps.Bes.Aku tgk je.Tp bes.walaupun tayangan tgh ari kul1230 blum ramai org, tp aku tau ramai jugak yg akan tgk wayang ni. Korang ptt tgk wayang ni.

Monday, November 9, 2009

30 Oct - 1 Nov 2009

Sarawak...hmmm,rasa cam nak pegi lg. tp myb dgn org yg tersayang dan using travel agent. Tak kisah la kalo kena byr extra cket tp puas hati. Trip ari tu bes, n ni pose yg sempat dicapture.(haha..bercampur2 aku nye bahasa.nak cpt, x sempat nk piki..)

Monday, October 12, 2009

All in 1..

1.Tanggal 11hb September 2009 rumah kami siap direnovate.2 bilik tambahan dan 1 ruang legar. Complete dengan cat baru.hehehe. Org kata rumah mood raya. Hm,walaupun kos utk renovate rumah sekrg tinggi tp mak n ayah ckp tak pe,utk anak2 n sedara balik.Huhuhu,terharu nye. Ape2 pun terima kasih dan bersyukur kerana Allah murahkan rezki. Dalam slide show ni ada kawasan rumah kami.
2.Masa balik raya ari2 kami sekeluarga buat bacaan yasin dan doa selamat kat rumah sedara. Utk kesejahteraan semua.
3.Hahaha,paling gembira raya saya thn ni, ada open house kat tmpt keje n sultan dtg, amik gambar ngn sultan, sultanah pahang.hahaha.mkn tak da la beria tp amik gambo makann yg myk. Second, raya thn ni sgt terharu, sbb nye rindu pada arwah tok n wan. rindu sgt kat dorang. Thirdly, paling kelakar, ktorg 1 fmily semua pakai baju raya besar2. Semua dah kurus ke, atau baju tu yg besar.hahaha.
4. Tahun ni kebanyakan kekawan saya konvo. Tahniah kpd ema, kak izah,kak mai, salha, aifa, mai, a-j, zubed, dayah, huh...ramainye...hasanul,husnul, husna, dan lain2 yg tak disebut. Congratulation you guys.Hmmm...saya beli 2 bunga.1 bunga utk Ema n satu bunga utk kak izah. Sayang nye kat dorang.

Aktiviti aku 2,3,4,5 bln ni...

To be post;
1.Rumah ku
2.Keluarga ku
3.Aidilfitri tahun ini
4.Siapa pemilik bunga ini?

Thursday, September 3, 2009

sebelum dan selepas....:)


ish,bln puasa cam ni mula la nk rasa masak kari kepala ikan ni.heheheh.(nnti soh mak masak pun ok.) Ni event sblm bln puasa ari tu,ok.pending post.







Tuesday, September 1, 2009

merdeka tahun ni.....




sambutan hari keMerdekaan tahun ni agak kurang meriah sbb xd sambutan bunga api, xd konset,kurang serba serbi.hhm, Tp bg saya sambutan xd pun xpa,asalkn kita tau menghargai apa itu kemerdekaan.dan menghargai pejuang2 negara dl. Hero negara. Tambah2 ni bln ramadhan, mmg ptt pun tak perlu ada sambutan, buang duit saja ngan sambutan, ekonomi pun baru nk merangkak pulih jadi tak perlu waste duit dngan hanya sambutan satu malam.

Drp kita waste duit yg konon nya nk menyambut hari kemerdekan,dan penghargaan pd wira negara,lebih baik kita sedekahkan bacaan2 yasin,ayat2 suci al-Quran pd dorang. Itula sebenarnya yg sepatutnya bg pendapat saya skeluarga.

p/s:Al-fatihah kpd hero2 negara terutama yg beragama Islam yg telah meninggal dunia.

Tuesday, August 25, 2009

Friday, August 7, 2009

masalah aku..

Sejak mula ku kenali
Oh dirimu kasih
Hala tujuan hidupku semua ditanganmu
Memang dunia penuh duka dan jalan berliku

Namun harus ku rasai tempuhi sendiri
Kerna pasti tiba untuk semua
Oh masanya ku menentukan (nya)
Ku tahu dirimu tak pernah akur

Dengan pendirianku
Inilah suara hati bergema
Dengar (lah) pendirianku
Bukan mudah tuk ku lupa apa yang kau usaha

Membimbingku ke puncak apa yang ku cita
Namun kan ku merasa gagal sementara
Baru mungkin kan ku bangkit
Teguh dan berbangga

Maafkan ku berterus terang
Bukan maksudku membuat kau bimbang
Percayalah demi kebaikan
Harus ku lakukan sendiri
Kerna pasti tiba untuk semua
Oh masanya ku melakukan

Selama bersama,
aku hanya menerima
Menurut kata,
kini tiba masaKu pula memberi kata dua
Teruskan saja, lupa segala

p/s: "keputusanmu bukan paksaan sayang, namun fikirkan la,ia utk kebaikan kita."

masih ragu2.



p/s: hanya Tuhan saja yang mengerti.

Wednesday, August 5, 2009

ape2 je lah...


p/s: nanti aku cuci gambaq ni...peace for world.

Tuesday, August 4, 2009

ReSaH

Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untuk mu

Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…

p/s: KAU (aku) ,AKU (dia)

H satu N satu

hai semua...skrg ni dah byk institusi pendidikan,ie.sekolah, universiti, ditutup sbb merebaknya virus influenza ni..hhm, saya rasa salah satu sbb knp wabak ni dpt merebak sbb cuaca skrg yg panas kering dan kkdg ujan.hmm,ni pun blh membantu ia merebak.Komuniti juga perlu berhati2 dan sentiasa mengupdate keadaan yg berlaku skrg. Berhati2 membawa anak2 berjalan2 di tempat yg menjadi tumpuan ramai. dan kalau boleh tangguhkan dulu nk bwk anak2 berjalan2 sama ada shoping @ bercuti. Bercuti je kat umah, lebih selamat kot..(eh..boleh lak kot2...).. Main je menda paa da kat umah, kkdg tumpuan parent kpd anak2 boleh membuatkan mereka tak kisah utk berada dirumah.jgn jadikan kebiasaan membawa anak2 ke tempat org ramai (cth shoping kompleks dan pasar mlm). Anak2 ni antibodi dia lemah lg, kalo org dewasa pun bleh kena virus ni, apatah lg kanak2..Jadi sentiasa berwaspada dan kalo nak jugak pergi ke tempat sedemikian, pakai la penutup hidung mulut tu.(jadi la doktor dan nurse kejap...atau pakai je helmet...hahaha)

p/s: apa2 pun mencegah lebih baik dr merawat...

Friday, July 31, 2009

hhmm,balik dah...

Hai semua.. Kali ni saya nk berkongsi ttg ziarah Umrah. Sepanjang 24 thn idup kan Bumi ni, saya rasa saya dan adik beradik mmg bertuah sbb nya dah 2 kali berpeluang menunaikan umrah. hhhm, tgu haji je nnti. Kpd sesapa yg belum berkesempatan menunaikan Umrah, kumpul2 la duit2 korang drpd kecik (tiru mcm kami, adik beradik..hehehe) Menabung org ckp. paling2 pun kena ada lam poket rm4000 ke rm6000..Anyway, kita jgn tetapkan kita pegi wat umrah atau haji lam umo berapa tp sedaya upaya kumpulkan duit utk tujuan tu. Kami adik beradik mmg dah ada akaun Tabung haji, sejak kecik lg.Mak Ayah yg wat kn.So, duit tabung, duit raya, duit yg org2 bagi semua mak simpankan ke situ sejak kecik lg, sejak lahir (jadi, pd ibu bapa contohi la mak ayah aku,heehehe). Sentiasa simpan duit ke akaun Tabung Haji utk persedian ke sana. InsyaAllah, niat da ada msti dpt pegi sana. Saya tak faham dgn mentaliti org ramai, pegi kesana utk membeli belah atau berjalan2 Hmm, bukan ke kita kesana utk beribadat dan ziarah di rumah Allah dan berdoa utk dimurah rezeki spy blh smpai kesana lg.. Cuma nya acara sampingan, blh la beli buah tgn dr Madinah dan Mekah.

p/s: ucapan selamat kembali ke Malaysia kepada Mohd Isa Omar dan abg nya dr menunaikan Umrah, didoakan semoga ziarah kalian diterima Allah. dan dimurahkan rezeki utk menunaikan haji pulak lps ni.

Saturday, July 18, 2009

depa tutup idung....

Musim buah mmg bes, tambah2 buah durian, durian mmg feveret saya n family,smpai opismate sy d ckp
"muka lawa, tp kalo dh mkn durian, hhmmm...ilang lawa."
hehehe...aiseh...trus terbantut nak mkn.

ari jumaat ritu,seopis kami tutup sbb "durian fiesta".waaaahhhh..bes bunyi bg peminat durian mcm saya.Selori la jugak buah nye.Smpai ada yg bwk blik cket. Kononnya nk buat masak lemak gulai tempoyak.huh, mcm sodap je bunyi nya tu.(sedap..sedap..sedap)

Bila masuk opis, ada few foreign student yg tunggu staff utk urusan, skali dorang tutup idung..........busuk kot bg dorang. Tapi kalo korang da rasa tak kan ckp busuk dah...sedap..(cth:membe bangladesh sy,hehehe..siap wat graf utiliti lg tau.)

p/s: myk petua utk mkn durian ni, kena tau dr org tua2,ok.

Monday, July 13, 2009

aku penin....

Dealing dgn ramai student kat unit saya ni mmg memeningkan..ada mcm2 perangai, ada yg okey,okey la,ada yg tak okey, huh penat nya nk melayan.yg kuat membebel pun ada.teringat masa saya student dulu, ( cewah mcm lama je) ..hhmm, mcm mn la org yg dah lama keja dealing ngan student ni. mesti dah lali dibuatnye. Tp bila kita tgk dan tilik atas bawah tepi depan..,myk menda yg boleh kita amik sbgai cara hidup dan etika hidup sebagai manusia. Hidup seseorg mmg tak penah sempurna, dan kita jarang bersyukur dgn apa yg kita ada.meaning, kita ptt hargai apa yg ada didepan mata. Cthnya student, cuba fikir org yg xd kesempatan nk belajar, yg berpelajaran ni ptt bersyukur sbb dia mampu utk menjadi org yg berpelajaran, jadi guna la masa ni sebaik2 nya bkn utk bersuka ria.

p/s: aku pun sama je ngan dorang dulu...hehehe.dulu la....

Thursday, July 9, 2009

oo....ok la...

last weekend, ayah saya ajak berjalan2 mkn angin kat genting,jadi dek sbb nk ikut sy pun amik cuti ari jumaat yg kebetulan ofis xd org sbb g program ke Taman Negara. so, sy sefamili g jaln kat genting, dorang seofis g Taman Negara. Selama 6 thn dok KL ni, ni 1st time g genting ngan famili sebelum ni smpai kat BUkit Tinggi je. Actually sy lebih prefer Bukit Tinggi sbb udara nya nyaman.Tak kalut ngan org. tp mmg la genting kan tempat bermain, jd permainan la myk. Hmm, ktorg main smpai ayah naik penin. Risau kan anak2 punya pasal, & bermain dr pagi kul9 smpai la kami adik beradik pun turut penin sbb semua permainan kat c2 pusing2 je...huhuhu. Sblm kami bertolak balik, konon nye nk g main snow, tp disbb kn ayah,mak dah ajak balik n masing2 pun da letih kami, kami pekena marrybrown kat atas tu. Total cost, termasuk hotel utk 2 mlm,lebih kurang RM630. tak termasuk bayaran tol dan petrol dr kedah ke sana.

p/s: nnti kalo aku dpt gambar aku post kan kt cni, kalo x dpt, xd la.aku nk crite je..hehehe

Thursday, June 11, 2009

g melaka pun boleh sesat ke...?

hmm, nk dijadikan cerita, ari minggu ari tu, konon nya saya dan keluarga sepupu kat sg buloh nk bercuti dan jalan2 ke Melaka.Kisah pun bermula....

Kami bertolak lebih kurang dalam pukul9 am, ceh kononnya leh la sampai lam kul 1030 ke 1130 ke, hehehe...upe2 nya smpai kul 2 lebih.jem punya la dasyat.nyesal2 la gak g sana.. huhuhu..tp tak pa, perjalanan pun diterus kan nak cari motel yg dah ditempah. Tempat nya kat Tanjung Keling.wahh, perut pun dah lapo tp cari motel tu x jumpa2.pusing2 punya pusing, kami stop lunch dl.sedapnya lauk2 kat c2.hhmm, (bertambah2 anak menakan pupu aku,bkn aku..hehehe).

ok,lastly ktorg decide nk kol tmpt tu, tnya kat mana sebenaqnya..patah balik,dah salah jalan. huhuh...sekali kami smpai kat motel tu..wwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh..ni mcm ka motel nya..?motel Cina punya,ada jual tuak lg.. belakang logi letrik, siap terlindung dek kontena besar lg.. tak bes..tak bes..Jadi kazen aku bertanya la kat kawan dia yg dok Melaka, and his fren suggest, Tanjung Bidara..Ok lah, perjalanan seterusnye ke Tanjung Bidara.Mencari hotel, chalet,motel atau homestay utk bermalam...

Dr perjalanan ke Tanjung Keling ke Tanjung Bidara myk menda yg dpt tgk, Eye on Malaysia terutama nya. Lastly, kami menginap di Samudera Bidara Resort. hmmm, mmg nmpk hotel ni melayu yg punya sbb kondisi bangunan agak daif...lgpun berada di satu kampung yg agak jauh dr bandar dan mmg nyaman dek udara dr laut dan yg plg penting, kampung ni kreatif. pandai decorate model rumah melaka yg kecik depan rumah dorang.Kamera tak bwk jd xd bukti nk tunjuk.Kawasan ni berdekatan ngan Komplek al-Khuarizmi al Falak..

Mlm tu pulak kami pekena ikan bakar dan sotong goreng kat Pengkalan Balak. Murah tau kat c2.sedaaaapppppppppp....menyelerakan............hehehe..Next day,kami decide nk g Banda hIlir, pastu balik. Jauh nya dr Tanjung Bidara ke sana,mn tak tau jalan lg. Jalan2 dan pusing, kami terasa nk mkn durina melaka, jd stop beli dan mkn lak kat Taman Botani.Naik kereta lembu sekali pusing,rm10, pastu balik KL.dan kami berpendapat jgn dtg ke Melaka time cuti sekolah. terlalu ramai org, dan buang masa kat jalan je.The End.

p/s: baru nk post ari ni setelah 1 minggu dlm draft..

Thursday, June 4, 2009

congratulation guys...

congrate pd membe 2 yg dah kawin & yg akan berkawin tak lama lg,
pada huda n razif
- tabik la hampa, sbb leh bertahan dr sekolah lg

pada kak izan & pasangan
-hehehe..sweet couple ever

pada kak nor & pasangan
-baik2.jgn gaduh2.dok baik2.

pada kak my & pasangan
-hmm...
pada farah & malik
-never think that u both together.hahaha

pada dija & syuhaib
-tak sangka secepat ni.

p/s: yg pending aku jugak.hahah.

Saturday, May 30, 2009

Congatulation chik ja & cik lan & sori hussin al-saiburi

Bagai pinang dibelah dua, today actually ada dua event yg boleh dikatakan penting utk family kami. satu, my cousin's wedding and second, hussain al-saiburi's assembly. tapi myb kurang beruntung la kami sbb tak dpt nk g utk family assembly tu. tahniah utk sepupu kami, krn dah melangkah ke alam rumah tangga. ari ni knuri kawin sebelah kami,pengantin pompuan, ari senin ni baru knuri sebelah lelaki kat Perlis,untung2 leh la ikut belarak..

Maaf kami sekeluarga tak dpt menghadiri assembly kat Dewan Insaniah.ingat bukan tak ingat tapi ada aral.Mungkin lain kali. Namun tahniah bg pihak penganjur yg menjayakan majlis tersebut.

p/s jika ada ahli keluarga hussin al-saiburi yg membaca blog ni, sudi lah kiranya menghantar dan berkongsi gambar majlis tersebut kpd kami spy dpt menjadi kenangan buat family.tq

Tuesday, May 12, 2009

i need an explanation...

saya lebih suka berterus terang drp wat org lain tertanya2 dgn tindakan saya. saya kurang menggemari org yg nak kita paham tanpa diberi penerangan apa yg kita perlu dan patut phm.kalo salah phm mcm mn?situasi mcm ni mmg myk yg berlaku. (aku dalam dilema tau). saya rasa saya ada hak utk betol2 memahami sesuatu perkara.terutama ttg perhubungan. boleh ke kalo nk org tu sayang kita, tapi kita tak ckp yg kita nak org tu sayang kita..? boleh ke nk org tu phm2 je...? huh, tak phm nye saya ngan org yg ada perangai cam ni.

org yg mcm ni susah nak difahami, sbb dia tak berterus terang apa yg sebenarnya yg dia nak pada kita. dan yg sebenarnya dia wat org yg dia sayang dalam dilema. (huhuh..)

kkdg kita suka main tarik tali, susah sgt ke nk ckp, suke ckp suke, benci ckp benci, rindu ckp rindu,sayang ckp sayang. knp perlu dipendam? knp perlu ego? knp tak berterus terang? (hhhmmmm...confuse dan dalam dilemanya aku)

p/s bgtau je la awk nk ape..?

Monday, May 4, 2009

hilang dah perasaan sayang

mcm mn bleh perasaan sayang tu hilang...?i think i already get the answer..hmm,
1. bila org yg kita sayang mcm dah tak amik peduli kat kita. kita kisah tp dia tak kisah.
2. dia sesuka hati tak kontek n siap off phone without any notice.(mmg nk marah).
3. bila berhubungan terlalu mmg choice. cth, kalo nk mcm ni, kene wat pilihan, A..B..atau C (menyampah ngan pilihan yg agak keterlaluan)
4. myk sangat demand dalam perhubungan. ( rase nk mintak putus)

p/s: aku benci ngan pilihan.

Tuesday, April 21, 2009

mende yang aku paling benci

Setiap hari kita akan lalui pelbagai perasaan. Hari ni saya nk highlight perasaan yang paling saya benci. hhm... 1st, kene tunggu. ok, hari makin gelap, nk malam tapi org yg ditunggu2 tak muncul2.kata 5 minit. tp dah lbh 1/2 jam tunggu. waktu tu rase cam nk blah je.tinggal dia plak, baru tau.(nasib baik aku ni baik tau..jadi tgu la gak).

2nd, perasaan takut. haaa, saya ckp tak suka kalo kita dtg berdua, tapi pasangan kita tgl kan kejap, cth nye nk g solat,n kita kene tgu sensorang lelame dalam hari nk gelap ngan org yg sgt ramai atau tmpt tu gak sunyi. adeeeehhh..mencabar giler.huhuhu.(takut seh...)

3rd, rindu..perasaan ni paling x suke sbb kalo perasaan ni melanda, saya susah nk tdo.bila2 susah nk tdo, besok pg msti pening kpala la.huhuhu

p/s: hanya berkaitan ngan aku,ok.

Monday, April 13, 2009

hati aku kala ini...

Sayang, ku benar-benar cinta…

Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru
Sejak kita berdua berpisah

Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta
Ku sangka ku tabah berdikari

Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Sunday, April 12, 2009

budak oooo budak...

mcm2 ragam budak sekarang ni kan..?ada yg nakal, degil, malas, tak kurang jugak yg manja, pandai amik hati org, ikut kata. anak menakan saya sorang ni lain pulak, mak ayah kata bbdk hyper cket. lain mcm.tapi. tu dulu la kot.skrg ni dah kurang. nakal tak terkata. different ngan adik dia, adiknya manja cket. suka plak manja2 ngan saya. sweet sgt budak ni.hehehe.

p/s: anak menakan aku ni kacau plak.nak main game je keje.huhuhu.budak zaman sekarang.

Friday, April 10, 2009

Menapak di DBP

Dari Monorail Maharajalela berjalan cket sampai la DBP tp sbb 1st time dtg cni, so org dtg jemput..knp saya leh ada disini...?haa..sbb isteri spupu saya keja kat cni,dan ptg ni nk blik umah dorang la. anyway, nmpk dari jalan rendah je bangunan dia tp upa2 nya ada 31 tingkat. hehehe..

mcm pelik je bangunan rendah tp d myk tingkat.biasa la tu..bangunan pencakar langit belaka sekarang ni.31 tingkat ni kira rendah la ni.

ape sal saya ckp pasal bangunan lak ni...?hhhmmm...ok.back to our story, DBP ni dewan bahasa dan pustaka.Saya gerun dgr nama DBP ni sbb dalam bahasa, DBP pling pakar(expert). Saya suka berbahasa bahasi ni. Suka dgn penggunaan bahasa melayu yg betul (walaupun kkdg aku campuqkan jugak.hehehe) ok.kat cni la buku2 yg nk dikeluarkan under DBP kena lalui myk peringkat, peringkat PRUF - penyedian manuskrip bersih - penyuntingan - laporan JKE - penilaian pakar - penulisan. (btol la kot).haaa,myk kan...sbb tu buku yg betol2 kualiti je berani anta kat DBP ni.buku cikai (xd lam kamus kot) x main la.huhuhu.

p/s: aku tgk dan aku tulis.betol atau x tnya la yg pakar.www.dbp.gov.my




Thursday, April 9, 2009

saidatina aisyah;keanggunan sebenar

Saya dah lama membeli buku ni, "Aisyah Ummul Mukminin;Keanggunan Sebenar". Karya Sulaiman an-Nabawi. Buku ni sungguh memberi kesan mendalam dalam kehidupan saya. Buku ni menceritakan sepanjang kehidupan Aisyah, Aisyah seorang yg bijaksana, penyayang, tegas. Bijaksana sbb Aisyah cpt mengingati dan memahami ayat2 al-Quran, dan hadis Nabi SAW.Penyayang sbb Aisyah sgt menyayangi dan disayangi Rasullullah. Dan tegas sbb Aisyah membetulkan pendapat sahabat yg salah faham mengenai sesuatu perkara.

hmm...buku ni menceritakan Aisyah, masa kecil, perkahwinan beliau ngan baginda, pendidikan beliau, dan cerita Aisyah setelah baginda wafat. Aisyah seorang yg sgt tabah. Dari buku ni,kita boleh aplikasikan kehidupan beliau sbgai panduan hidup. Jadi, sesape yg dah baca buku ni alhamdulillah,sape yg belum pakat2 rama baca buku ini.

p/s: 431 pages



Wednesday, April 8, 2009

orang besar vs orang kecik

Kekadang saya tak paham, kenapa orang yang berpangkat tinggi atau yg dipanggil bos sangat sombong pada orang bawahan dia? myb sombong not the right word to say..hhm, let say..biased.yes.thats right.hhm, bos kkdg mcm xtau plak job scope dia.dia memikir, bukan pemikir.. phm x, mcm mn beza pemikir dan memikir? pemikir, yg pikir idea yg dah ada, memikir; yg pikir idea yg lum ada.(hehehe..aku pun da confuse..ke terbalik? ah..pandai2 la hampa phm..hehehe). jadi bos mmg tanggungjawab besar, tp tak sepatutnya mengeploitasi jawatan utk kepentingan diri seniri.

Untuk dpt pangkat tinggi mestila org yg berkaliber, hormat orang dan boleh memahami orang bawahan dia, bukan hanya mengarah itu dan ini utk kesenangan dia. tugas orang yg berjawatan tinggi ini hanya memantau je ke orang bawahan buat keje?bukan ke tugas dia assist pekerja bawahan dan mmg banyak yg nak kena piki...? bukan nye orang bawahan buat keje dan wat keputusan,pastu, bos just say agree,disagree,yes,no..huh.tak paham saya,dan mende ni mmg tak kan difahami.krn ini berpunca dari bos tu seniri.tak da kaitan ngan orang bawahan.mmg tak ramai bos yg demikian ceritanya,tp still it happen.

kalo semua org bawahan yg wat keje, dan bos hanya sain tanpa ada usaha sama between both side, mmg betol2 unfair.tak aci tol (aci kat india la..)

p/s: alamak,org yg aku mengata ni lalu plak depan aku.hahaha.tp apa2 pun hope bos lain yg ada perangai mcm ni berubah.amin...

Thursday, April 2, 2009

october vs september

OKTOBER

cukup seimbang
suka kepada orang yang sayang padanya suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
sentiasa suka berkawan
hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
ada kala cepat marah
macam mementingkan diri sendiri
tidak menolong orang kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tak suka terima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong, bidang sastera dan seni
pengasih, penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
sukakan keadilan
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
ada kalanya mudah patah semangat

SEPTEMBER

sangat bersopan santun
mudah bertolak ansur
sangat cermat teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikapnya sangat cool
sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin dan berperinci
amanah, setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yang tidak diketahui
orangnya banyak berfikir tapi pendiam
daya pentaakulan yang baik otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
simpan rahsia
suka sukan, hiburan dan melancung
kurang menunjukkan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
kerja bersistematik

Wednesday, April 1, 2009

hussain al-saiburi

saya baru tau rupa2 nya kelurga saya ada keluarga besar iaitu HUSSAIN AL-SAIBURI. kisahnya bermula bila saya balik bercuti ni. tengah2 kemas2 rumah, ternampak satu kad kenuri warna gold,cantik. ooo,kad kenuri ya...haaa, nk tgk la kalo da lepas, buang,kalo lum simpan. bukak2..

MAJLIS PERHIMPUNAN KELUARGA
HUSSAIN AL-SAIBURI
dan
WALIMATUL URUS Dato' Dr Hj Mohamad Azmie


ok la kan,ish berianya depa ni wat kenuri, siap kat dewan insainiah lg tu, besarnya wat kenuri, pastu piki2 kenapa depa antaq mai kat kami kalo jemputan keluarga, jemput kenuri kawin da la kan. haaaaaaaa, hampa nk tau, upa2 nya mmg betoi la depa ajak kami, Hussain al-Saiburi ni family besar kami dari sebelah arwah Wan Mad. waaaaaaa, tak sangka sebesar2 keluarga saya sekarang, ada lagi cucu cicit semua sedara yg besar. kalau la arwah Wan Mad dan Tok Siah ada lagi msti depa seronok dpt jumpa keluarga yg dah lama tak berjumpa.(sob..sob..)

hhmm,apa2 pun insyaAllah kami sekeluarga akan pergi, tp tak leh lama2 sebab sepupu kami nak kawin pada ari yg sama. kalo tak, kami semua dah ke sana.memeriahkan suasana pertemuan keluarga besar.

Tuesday, March 10, 2009

kesibukan cameron highland

bercuti di cameron highland. baru bercadang ngan membe nak g jalan2 ke sana,tapi tak sangka plak akan disponsor dek sepupu seniri.hahaha.oo, bukan sepupu tapi by company tmpt dia keja. bes kan...? bercuti selama 2 hari 1 mlm (cukup la tu.) kami bertolak around 11 am and it takes more than 4 hrs +- to reach hotel. kami stayed at heritage hotel. bes.view cantik. disebabkan kami dr simpang pulai, perjalanan jauh cket sbb kena berdepan dgn kesibukan jalan yg sgt teruk dan peak hours.huh. mmg mencabar dan bes. kami sampai hotel, myb dalam pukul 4 lebih. than after rest for 1 hr kami kuar jalan2 dan kami g pasar mlm.hahaha.bes ape pasar mlm nye. tp d sayur je la myk dan payung strawberi.(knp la aku x amik gmbar payung strawberi tu, kalo tak leh tunjuk kat korang, korang g la seniri tgk)ehehe.

tetapi malangnya, saya bleh pergi ngan tak bwk duit, yg ada lam poket ni rm13, leh beli souviner yg ntah pae2, x bes lansung g. seronok org sponsor hotel tp tak bwk duit seniri, (sedeh giler,wei).next, kami berjalan ke what i called "giant fruit". snap few pictures kat sana, ( nnti2 aku upload pic tu,ok), pastu ktorg move g pasar mlm dalam hujan.hahaha. mlm tu, kami pekena stembot heritage hotel. tomyam sedap tp cket.( tak puas aku mkn, hahaha, tp actually dah kenyang dek pizza kat pasar mlm tu, hehe).ape2 pun bes.

sejuk nya cameron highland sgt terasa sbb hotel kami nun di atas puncak heritage,tingkat 3. saya menanti call dr yg tersayang sampai tertido.( without gd nite to my dear.)tp ape2 pun saya tdo lena.hahaha.

keesokan nya, kononnya nak pegi butterfly farm la, pegi pluck strawberi la. last2, kami stop kat tea shop cameron valley. wah, ladang teh...saya tak kisah, asalkan jalan2.next, bee farm yg xd bee tp d madu(heran aku) anyway, mahal la madu kat c2, madu hpa pun x semahal tu. pastu, kami merendek kat dlm kete kena cuaca yg sejuk giler dan hujan. pusing punya pusing, dah kul 12, jadi times up,kena rush balik KL da.babai Cameron Highland. i'll come again, next time xnk lepas kan peluang pegi Cactus Point.huhuhu.

Thursday, March 5, 2009

if we fall in love

There will be no ordinary days for you
If there is someone who cares like i do
You have no reason to be sad anymore
I`m always ready with a smile
With just one glimpse of you
You don`t have to search no more
Cause i am someone who will love you for sure so..
If we fall in love
Maybe we`ll sing this song as one
If we fall in love
We can write a better song than this
If we fall in love
We will have this melody in our heads
If we fall in love
Anywhere with you would be a better place..
You can watch sad movies in a diffirent light
So i`ll be there beside you
Hugging you oh so tight (oh so tight)
Your hands will never feel so cold and empty again
Coz i will keep on holding on and won`t let go (never let you go)
You don`t have to search no more
Cause i am someone who will love you for sure so..
Feel so good when you`re around
One smile from you (one smile from you)
Be mine,this feel so right..so..

Tuesday, February 24, 2009

aku xd mood nk keja ari ni...

hilang mood keja bila fikirkan org yg tersyang buat kita cam tak dalam kehidupannya.atau saya hnya berprasangka.huhuhuhu.i need an explanation. think positif.dont think too much. whatever happen, love him so much.

p/s: think positif to have a good mood today. this song is 4 every1.

Wednesday, February 18, 2009

bes lagu ni...



p/s: i dont know what to do..

Friday, February 13, 2009

aku nk tengok filem geng upin ipin

hai...dah tgk filem geng upin ipin...? saya dgr2 cam bes crita nya. tp lum berkesempatan nk tgk lg. (gaji aku tak masuk lg,huhuhuh). Filem ni membuktikan org kita pun boleh wat filem animasi setarafkan ngan filem animasi barat.mmg ia mgambil masa yg lama dan mmg berbaloi jika ia adalah filem yg sgt bgus. Ramai yg da kenal dgn crita upin ipin bersiri 5 minit kat tv9. Jadi kalo depa wat filem msti ramai lg yg akan tonton. Ia bgus utk perkembangan kanak2 dan sebenarnya mmg sesuai utk semua lapisan masyarakat. Jadi rame2 la kita g tgk filem ni.

p/s: aku nk tgk filem ni pas aku dpt gaji.hahaha..

Sunday, February 8, 2009

hhmm, mendalam betol

saya tertarik ngan lagu ni..kisah tentang pengorbanan dan kepercayaan. org ckp teras kpd kebahagian dalam percintaan adalah kepercayaan dan kesanggupan utk melakukan pengorbanan. namun sanggup ke menghadapi sgla2 yg dtg. kalo ia membahagiakan mmg kita akan terima, tp kalo yg menyedihkan..? hanya yg cekal dan kuat mampu melaluinya.

Thursday, February 5, 2009

aku R!nDu

banyak lagu rindu2 skrg ni, dan secara tak lansung saya pun terkena tempias, merindu seseorang yg jauh dari pandangan mata. tapi kekadang tu akal fikir mcm dah fed up merindu ni, tp tak tau knp hati terasa sakit bila sayang yg dibina akan tercemar. saya tak nak dikatakan hanya kerana berada jauh dimata, jauh jugak dihati tp sebenarnya dekat sgt.

mcm mn pulak yg sebenarnya saya yg merindu, org yg saya rindu tu, xd pa pe pun. sedihnya. tak tau knp. tp bila dah lama pendam, bila lama2 piki ni, boleh rosak hati yg setia ni. huhuhuu..
jadi tak nak piki dah. insyaAllah, nnti msti ada depan mata.

p/s: tak sabarnya.

Tuesday, January 27, 2009

pantang bagi cuti..



haaaa, pantang bagi cuti. Ni la cuti raya cina kami sekeluarga. wahh, semangat nak balik kampung. Yang bes nya, walaupun sekejap saja bleh abis kan masa kat kampung, tapi cukup bermakna.hhm,bes.

p/s best and good luck for everyone.

Friday, January 23, 2009

"I Believe I Can Fly"





p/s: penat jugak menunggu bebulan2 ni...sabar je lah.

Thursday, January 22, 2009

1st time

salam semua... rasa mcm dah lama tak update blog ni. hmm, saya nak berkongsi dgn semua pengalaman utk kerja pertama saya. w'pun hnya part time tp ckp merangsang saya utk mencuba. anyway, for the 1st time saya agak gementar berjumpa ngan staf kat sini tapi wah, rupa2 nya sporting, huhuhuhu... seronok berkongsi berita sama staf.dulu, saya tak sangka saya ada peluang utk keja kat tmpt saya belajar dulu jugak. tak kisah la mcm mn staf kat sini, yang plg penting aku dpt wat keja dgn baik, dan pengalaman bekerja.

p/s: aku kat stad, uia.

Sunday, January 18, 2009

jom jalan2...

wah..myk berjalan ( bukan jalan kaki, naik kereta..hehehe), luas pemandangan, luas pengalaman... hmm, baru2 ni saya berkesempatan pergi melaka ngan family dan supper ikan bakar, kat perkampungan ikan bakar rimba umbai (kalo x silap aku la..) haaa, kat situ myk makanan laut. waah...semangat saya makan, maklum la ada org belanja. lagi sakan la saya dan family mkn. ikan bakar ada, ikan kukus ada, sotong goreng, kupang masak pedas, kerang lagi, lala lagi. waaah..meriah la kami mkn mlm tu. sedap nya xtau nak ckp...dah lama x mkn besar-besaran cam tu... bes nya,rasa cam nk pergi lg, tp kena cari yg sponsor.hehehe.. tmpt mkn ni kat tepi laut, jd smbil mkn, terasa sejuk angin laut. cuma x nmpak laut nya sbb gelap. kawasan nya pun bes, cantik.. tambahan kat situ ada menara yg kita boleh naik, utk tgk keadaan keliling. kalau pi siang msti nmpak pemandangan kat situ. tp apa2 pun, dlm gelap2 kita bleh dgr ombak.. bes, sungguh menyeronok kan.. jika ada kesempatan ingin kesana lg.

Tuesday, January 13, 2009

Muslim 's Product



Ramai yg ckp product ni tak boleh amik / beli / mkn / minum dan product ini tak boleh sbb tak halal, product itu tak leh, sokong yahudi, product ini barang Amerika, kita boikot. jado apa brg/ product yg kita leh amik/mkn/ beli dan disamping itu dapat kumpul dana utk bantu Muslim. Slide ni antara product2 yg saya yakin kita bleh guna/ dan yakin mmg halal.

1. Jalen.
2. rfc: tak yah dah pi kfc, mcd sbb skrg dah d RFC ( radix fried chicken)
3. HPA: suma product HPA sbb suma dibuat oleh org Muslim.
4. HALAGel

5. Cap Mudim.

Monday, January 12, 2009

latest book

Saya ada membaca 1 novel dr Norhayati Berahim,iaitu Chinta.saya suka cara dia bercerita/ menulis sbb novel ni betol2 mnarik saya utk membacanya. tp adik saya kata dia boring baca novel tu.Myb tahap pemikiran dia lom matang kot. Saya suka novel beliau sbb beliau memberi perspektif baru tentang kehidupan seorang gadis atau wanita. Saya bukan ingin membandingkan antara penulis novel lain sperti Alaf 21. Novel Alaf 21 lbh kpd kehidupan dan hubungan suami isteri yg rata2 lbh kepada perhubungan fitrah mrk. Ia sgt tidak sesuai krn langsung tidak memberangsang cara pemikiran seseorang. Yang hanya ingin mrk ketengahkan hnya lah hubungan suami isteri. Kkdg ia hanya akan menjadi 1 angan2 bg pembaca yg rata2 seorg pelajar. Tetapi berbeza dgn penulis Norhayati berahim, beliau byk mengetengahkan ilmu dan bg sy ia sgt berguna pada saya dan saya mengemarinya.

Terima kasih krn membawa dunia novel yg lbh luas.

Saturday, January 10, 2009

how long to wait?

Kawan2, terlalu banyak yg kita dgr tentang kekejaman rejim zionis (Israel) kpd rakyat Palestin dan skrg ia ber+ buruk. Saya rasa ramai yang terfikir, adakah dgn doa kita leh bantu mrk?(aku rasa mcm nak bom ja Isrel ni). Sdgkan sudah 41 thn mrk menunggu bilakah ari nya utk merdeka dan berada dlm keadaan aman. Knp mrk terlalu kejam dan terlalu ego utk memusnahkan Palestin..? Knp kita masih gagal utk menyekat kemaraan Israel ke Palestin? Knp negara Islam lain tidak menghantar bala tentera mrk utk menyekat dr Palestin dirampas dan diserang..? Mungkin byk lg persoalan yg timbul. tp apa yg bleh buat..kita xd kuasa. Malah seluruh negara Islam skrg disulubungi dgn perasaan takut knp rejim zionis ini. Kita hanya boleh menghantar bantahan beramai2 tp adakah mrk peduli dgn apa yg dilakukan..?

Kawan2, selemah2 kita, kita jalan lupa bahawa doa adalah senjata umat Islam, saya baru mendapat SMS dr rakan,
"Pemimpin Hizbullah, Lebanon, Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh umat Islam utk membaca Quran, SURAH AL FATH;26-27, SURAH YUNUS;85,86,88 malam ini. agar israel hancur. Fwdkan krn sedara seagama telah dikepong dan hanya menunggu masa utk disembelih.Keadaan amat dasyat.Itu saja jihad kita."
Betul, itu jihad kita. Kita perlu ada keyakinan bahawa Allah akan membantu kita. Kita perlu berharap Israel dan ngra yg menyokong tindakan Israel akan mendengar apa kata dunia Islam dan berhenti melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Kawan2. adik saya ada mnerima SMS dr rakannya,

"Ya Allah, sebagaimana kau pernah menghantar burung-burung Ababil menhancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu ya Allah. Turunkanlah bantuan Mu kali ini kpd org2 Islam di Palestin. Hancurkanlah rejin Zionis sedasyat2nya. Amin."

Marilah kita melipat gandakan doa ini. Kirim kan pada 7 rakan anda yg lain. Maka 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 = 823453. 823453 x 7 = 5.8 juta org turut sama mendoaknnya. InsyaAllah.

p/s: marilah sama2 kita mendoakan keselamatan mereka. semoga depa berjaya memerangi Israel yg kejam. dan doa seluruh umat Islam utk memerangi Israel dimakbulkan Allah. Amin.


kalau lah....

hai, suma..ari ni saya teringat nak tulis 1 menda, tentang KALAU LAH... kalau lah sesuatu yg kita ckp mudah nak buat tentu la xd kalau lah kan..? cam na kalau xd kalau lah..? kita akan ada impian @ cita2 x kalo kita xd perkataan kalau lah..? kita x blh berangan la ke kalo xd kalau lah..? (ya Allah, myk nya kalau lah.hehehe..) ri ni saya nak highlight 1 menda iaitu knp kena ada kalau lah? mungkin sesetengah org xd kalau lah pun xpa, sbb kalo ada kalau lah, x kenyang pun.yang pasti realiti. btol x..? bg saya, "kalau lah" bila dipandang ngan kepala positif, akan jadi positif la, tp kalau di pandang negatif, pegi tdo lg bgus..(apa leh wat, tu namanya org malas).
Apa yg positif ni,apa yg negatif plak? positif nya, bleh membawa kepada perancangan utk berjaya, pencapaian kita bermula ngan angan-angan @ dlm konteks kita ni "kalau lah". Cthnya, kalau lah saya myk duit, saya nak bukak butik,( ceeeewaaaahh) tp on d way nak bukak butik tu, kena la d skill menjahit. ni idok, menjahit pun x pandai.(mcm aku,hahaha). so, dah d 1 impian. W'pun blom tentu lg leh bukak butik tp it's a dream. negatifnya plak, "kalau lah" ni hanya dikatakan angan-angan. Angan-angan kkdg tu yg mengarut2.So, x bwk pd kebaikan pun. Itu yg x best pasal "kalau lah" ni. Jadi lbh baik kita amik yg positif, baru la kita x dikatakan hnya membuang masa pikir pasai kalau lah ini, kalau lah itu.

p/s: ada org nk sponsor aku nk bukak butik leh gak..hehehehe

Friday, January 9, 2009

sapa yg ptt aku rindu?



Ku merindu, Merindu cinta yang tulus dari hatimu Selalu ku impikan hidup bersamamu Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku


Chorus:
Aku tahu kau pun cinta Tapi malu tuk berkata Usah kau ragui cintaku Ku tetap merindu Aku tahu kau pun cinta Tapi malu tuk berkata Ku tunggu jawapan cintamu Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu..

p/s: rindu dan sayang sama ke?

Do i need thousands of friend?



Sekarang ni byk site yang kita bleh cari kawan-kawan.(tagged la, friendster la, facebook la, myspace la dan mcm2 lg) Yang paling penting kita nak ka tak nak cari kawan. Kita leh cari ramai kawan merata Malaysia hatta seluruh dunia.(wah, ramai-ramai...) Tapi, penting sgt ka kita ada kawan dan cari kawan? Kalau penting, knp ada yg suka bersendirian? knp ada yg pendiam dan tidak berkongsi masalah? (yg tu mmg perangai org tu, nak wat cam na?hehehe)

Penting jugak sebenarnya kawan ni, tp depends kawan yg mcm mana. Kawan masa sedih, masa gembira susah nak cari. Tapi ada seorang kawan yg sentiasa ada ngan kita bila-bila masa saja.(nnti aku bgtau, biaq suspen g2). Haa, dr beribu-ribu ratus org yg kita kenal, yg mana 1 blh jd kawan? Apa ciri2 kawan yg ptt kita tgk? Aku ada sorang kwn, yg rapat wak2 aku kecik2 sekolah dl, tp kwn tu aku dah tak dgr kabar brita sejak aku masuk U, no tepon pun dia ajin tukar n x bgtau aku.So, kami lost contact. Kwn aku tu pelik cket, dia ajin gaduh ngan pakwe dia, kalo da gaduh br cari aku, n aku jugak berabis nk kene pujuk dia.(baik kan aku ni,hehehe)

Ok, aku jugak ada sorang kawan ni, rapat sbb 1 blik masa kat matrik dulu n aku ni suka dgr org berckp dan kkdg aku smpuk w'pun org tak minta pendapat aku. (wat cam na dah jd be ad) Yg ni best, myk gak yg gembira dan sedih sekali.( lain kali aku cite apa yg gembira,apa yg sedih)

Dlm ramai2 org yg kau berkwn, ada seorang kwn yg aku knl sejak matrik dan berterusan hingga ke U dan smpai skrg. Tp kami sentiasa tak sefahaman dan kkdg leh smpi bergaduh. Tapi nama kawan. Kira kawan baik. Dia leh tahan ngan perangai aku, dan aku leh tahan perangai dia.Cuma masing2 tak bgtau yg masing2 sayang antara 1 sama lain.(terutama aku,hehehe) Ada skali tu aku tak wish besday dia, aku pun sedih, dia msti la berganda2 sedih agaknya, tp waktu tu ego aku tinggi bagai bumbung umah aku ni. Menda dah lepaskan, insyaAllah tak kan berulang.

Akhir sekali, kawan yg sentiasa ada ngan kita bila2 masa saja kita nak iaitu, ALLAH. Semua msti faham, knp aku ckp cam tu kan? Jadi, tiada ragu2 utk berkawan, dan kawan yg dikatakan kawan sejati ialah ALLAH. Sayangilah kawan sejati kita ni. InsyaAllah, DIA akan syg kita.

1st and foremost

Sedar atau tidak, kita mungkin berfikir utk mengejar sesuatu yg tak pasti dlm hidup ini, namun knp kita tidak berfikir bgaimana hendak mengejar sesuatu yang belum dapat yg sudah berada di depan mata dan yg dah pasti. Jadi, kita perlu membuat keputusan yang tepat tentang apa yg kita kejar dan penuh kepastian. Tapi bagaimana menentukan keputusan yang kita buat tepat..? Selalunya kata hati yang kita ikut bukan kata akal. Adakah kata hati atau yang dikatakan firasat itu lebih kuat dari kata akal?

Oleh itu, ada cara yang difikirkan boleh membantu merealisasikan keputusan yang tepat iaitu buat eksperimen. Bukan subjek sains saja yang perlukan eksperimen beb, tp kehidupan kita juga perlukan eksperimen. Kita perlukan langkah pertama utk membuat keputusan yang betul.

cthnya; bagaimana utk memastikan orang yg kita sayang atau lebih seronok kita punya kekasih. tak kisah lelaki atau perempuan,suami atau isteri, makwe atau pakwe yang penting bergelar kekasih, tahu bahawa kita menyayangi nya dan berharap dia pun membalas sayang kita?.. (huh,panjang tol,x sempat fullstop.hehehe.jgn marah haaa..) Kita perlu ckp yg kita syg ke x? ke kita perlu bg sesuatu utk tunjuk kan kita syg...? @ kita sengaja pgl dia syg? haaa, ni la namanya eksperimen,tgk apa respon dia? (kalo xd respon, maknenya org tu xd perasaan, cari je yg lain.abis crita.) Semoga eksperimen berjaya.(jgn meletup sudah)

p/s: sumber tak bertauliah.tq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...