Saturday, October 6, 2012

hai, one thing that l learn from my marriage is my husband is very hard to reply sms, bbm, or whatapps.don't know why? Bukan payah mana pun nk reply mesej tu. Isteri kena diam je ke sampai suami bgtau. Dilema nya jadi macam ni. Tak tanya, macam tak patut. Tanya, tp tak kan dapat jawapan. So, afifah kena betol2 bijak utk tau apa yg suami afifah nak.

Friday, October 5, 2012

Lama sampai lupa

Sebenarnya nk upload gambar.Hari ni besday ilmuna. Anak menakan sepupu. Mama dan abah buat laksa. Lagi 13 hari, hari ulang tahun saya yg ke 27 .wah., tp muda lg rasanya. Apa yg tercapai, tahun ni sambut hari lahir ngan suami. Tahun lepas dgn boyfriend.beza tu. Apa2 pun tetap org yg sama. (heeeee). Tapi dah lupa mcm mana nak upload. Lagipun, pakai playbook ni ada applikasi yg takboleh nk buat. So, lambat sikit la.kenan godak2.

P/S: selamat hari lahir bg semua yg sambut oktober. Sentiasa mendoakan kesejahteraan semua. Dan panjang umor utk beribadat pada yg Esa.

Thursday, October 4, 2012

Awal dan penghujung.

Hai, hanya ingin berkongsi betapa bahagia selepas dimaklumkan oleh doktor, 'Tahniah, anda mengandung'. Itu dua minggu dalam puasa. Alah ibu mengandung mula dirasai. Tapi dua minggu selepas sebulan syawal berakhir, kami dikejutkan.'Sorry, you lost your baby 9 week.' Hmmm...sekarang selepas D n C, dua minggu dalam pantang. Turun darah hari nak buat buku merah. Macam tak percaya. Tapi itu yang berlaku. Doktor bgtau mungkin letih. Banyak berjalan. Travel and so on. Yes I am. Memang banyak travel. Apa2 pun, kita dah redha. Kehilangan tersebut diganti dengan berita baik. I got transfer from Penang to KL. Alhamdulillah. Tak perlu travel lagi.

P/s: bos cakap, 'nasib baik yang dikendong keguguran, yang dikejar dapat..sekurang2 nya satu dapat dicapai.' Maksudnya, dalam proses minta transfer, saya mengandung. Transfer lulus, tapi saya keguguran. Apa2 pun aku bersyukur Ya Allah. I love U Allah.

Tuesday, October 2, 2012

Cerita ku, cerita dia

Salam semua, lama tak online blog.rasa kekok sikit nk bercerita. 4 month after married, baru ada masa nk update boleh..waaa.. Bukan masa sebenarnya, tp mood nk menulis takde.
Kalo dulu, pangkat girlfriend, tp sekarang dah naik pangkat jadi isteri. Dulu, pangkat boyfriend, sekarang suami. Naik pangkat tu, maknanya , lagi banyak tanggungjawab. Dengan tanggungjawab dan kesedaran bahawa kehidupan berkeluarga adalah amanah, insyaallah.

P/s : kusyuk solat. Dan sentiasa ada. Boyfriend disisi.heee.

Sunday, January 8, 2012

haish....lamanya tak update blog....

salam frens...sori lama menghilang..menghilang bukan bermakna takdak.. sekarang ni kan dah ada "muka buku'...so, lambat nak buka blog ni...

First, now I am working at Penang. Setahun lebih dah pun.almost every week akan berulang Penang-Kedah-Penang. Walaupun duduk kat tempat org da lama, Afifah tetap Afifah. A simple but sometime orang lain ckp agak complicated..hmmm..

Second, December 2011...my engagement..with my lovely and sweet couple..1 year meet..alhamdulillah... InsyaAllah..this coming June 2012 will be my reception. Kepada rakan2.. bila Kad Jemputan Walimatusurus dah siap...akan dijemput.. Doakan semoga majlis dapat berlangsung lancar dan perancangan seperti diatorkan.InsyaAllah..

p/s: more update later.. love allz...

Tuesday, February 1, 2011

Love Without Married is Nothing..

Setiap kali tengok pasangan berdua2 an ber'dating', mesti aku terpikir, depa ni da kawin ka blom..? Pada pendapat aku, ber'dating' lepas kawin lagi bes.hahaha. sbb tak da sapa pun yg akan kacau kalo da kawin..yang pasti tak timbul fitnah, tak timbul isu nk berkhalwat, tak da isu perhubungan terhalang. (kalo ada yang kaco tu, mmg hmmmmm...ada yg nk kena lesing.hehehe). Tapi ber'dating' seblom kawin pun ok, cuma akan ada beberapa halangan.hehehe..

p/s: To my family, terima kasih dengan didikan. To Mr Q, bersabar ye.. Dua-dua saya sayang...saya cinta..

Monday, January 24, 2011

Justin Bieber - One Time




p/s: don't know why, all the songs from Justin Bieber, alwayz match with me.. my love, hope u listen all.

Monday, January 17, 2011

jadi kat aku...?

Dalam myk2 mende yg aku x percaya jadi kat aku..'PJJ' - percintaan jarak jauh. Dalam aku buang2 masa surfing internet, tetiba terbaca "Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh"

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

p/s: mmg bgus tips ni kat cik afifah n en.qhairul azfar.

Friday, January 14, 2011

Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya

makin aku cinta........

Caramu Mencintaiku
Menjauhkan kecurangan
Seperti bintang
Yang setia pada bulan
Memegang kukuh janji
Menemani aku sampai mati
Terpasung hati
Tulusmu mendampingi diriku
Makin aku cinta
Cermin sikapmu yang mampu
Merendam rasa keakuanku
(Mengerti, memahami cinta)
Caramu memanjakan ku
Kau rujuki kesejukan pagi
Memasung hati
Tulus aku, memasrahkan diri
Jangan pernah terbesit hati
Meragukan kesetiaan yang tercurah
Aku dan dirimu ditakdirkan satu
Langit jadi saksi
p/s: makin aku cinta....makin besar dugaan yg perlu dihadapi...

Saturday, January 8, 2011

Setiap Orang Ada Cara Nya kan..?

Setiap org ada cara macam mana nak uruskan sesuatu perkara..Contoh, ada yang merancang, plan cantik punya...tapi kalau tak diizinkan Allah, perkara yang dirancang tak kan menjadi.
Ada yang sangat cerewet dalam menguruskan sesuatu, ada yang main hentam pun ada.(..hahaha..cth aku. ).
As planning is the process of setting goals, developing strategies and outlining tasks and schedules to accomplish the goals.
Dan sekarang, bila dah ada org yg tolong rancangkan utk aku, hehehhe..aku follow je...Thank you.


p/s: mmg kontra..

Thursday, December 30, 2010

Congrats Malaysia

Cuti besok weh....hmmm, mmg bola can unite people kan.. ape2 pun congrate Malaysia, n Thanks to PM, announce cuti besok...

p/s: KL to Penang, tomorrow.. :(

Wednesday, December 8, 2010

Monday, December 6, 2010

"Pro n Cons"

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

p/s: tolong aku cari kesesuaian....

"Kalau Cinta"

Friday, December 3, 2010

"Flying Without Wings"

Everybody's looking for a something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much it means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without

And in this place I long to be
You'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

p/s: so much to think..

Saturday, November 27, 2010

Rasa Cinta Sebagai Pil Tahan Sakit?

Penyelidik dari UNiversiti Stanford mendapati rasa cinta yang mendalam boleh mengurangkan kesakitan. Ia bertindak seperti dopamin pada oak sama seperti kesan penggunaan dadah seperti kokain. " Sistem melegakan kesakitan ini berkait dengan sistem ganjaran," kata Dr. Sean Mackey, ketua jabatan pengurusan kesakitan di Sekolah Perubatan di universiti tersebut."Cinta terbabit dengn sistem otak yang melibatkan ganjaran dan hampir menyerupai sistem yamg terlibat dengan ketagihan." Kajian selama 30 tahun mendapati bahagian yang dikaitkan dengan rasa cinta yang mendalam serupa dengan bahagian ubat untuk mengurangkan kesakitan.Jadi apabila anda fikirkan mengenai yang tersayang,berlaku tindak balas dramatik di bahagian otak yang terlibat dengan ganjaran - bahagian yang sama 'dihidupkan' aoabial mengambil kokain atau memenangi banyak wang.

p/s: ciplak lam majalah i-SIHAT bulan 12 2010. For more info, rujuk majalah ini.

Friday, November 26, 2010

Regret n Repent

"Think everything happen have a reason, never regret. The hard times that
you go through build character, making you a much stonger person"

And So I repent

For the thing that i have done

And the thing that in my mind

Whart does it feel wrong?

And So I repent

oh, God.Plz forgive me

Need Your mercy.

And So I repent

p/s : try to forgive yourself..

Tuesday, November 23, 2010

Stay / Looking 2wards Others

Membuat keputusan bukan sesuatu yang mudah. Perlu ada keyakinan, perlu ada toleransi, perlu ada faktor penyebab, pro n cons..Dan yang paling penting, cara kita berfikir. Memberi penyelesaian ke memberi masalah.Memudahkan ke Menyusahkan. Jadi,perkara yang perlu dan digalakkan buat, banyak kan solat Istikharah. Ni panduan nya:


1.Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala


2. Rakaat Pertama, AlFatihah dan AlKafirun, Rakaat ke2, Al-Fatihah dan AlIkhlas.

3.Sesudah Salam, berDoa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

p/s: Berkesan utk yang ragu2 dlm membuat keputusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...