Tuesday, October 26, 2010

kena tangkap ngan polis baru nk jadi baik?

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu. “Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah. “Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya.


Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.


Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.


“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.


“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya.


Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.


“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya.


p/s: patut la ramai pompuan sekarang pilih lelaki yg tua2 jadi calon suami...ni la salah satu faktornya..

Wednesday, October 20, 2010

bOLEh MEnCintaI taPi taK bOleh MemiLiKi

Perumpaan ni mengingatkan saya pada seseorang yang very close to me until now, but there are limit between us. Dia sentiasa di hati dan mungkin akan terus berada disitu sampai one day somebody else boleh atau berjaya take over the place. and what I can say, before that day, he will always remain there,in my heart...

p/s: post after dengar lagu dr UNIC, Insan Bernama Kekasih.





Sunday, October 17, 2010

Maher Zain-Hold MY Hand

Dunia 'muka buku'

" Facebook is a social network services and launched in 2004 operated by Facebook Inc.As of July 2010 there are more than 500 million active users.


Percaya atau tidak semakin ramai dikalangan kita mempunyai akaun "muka buku" , dan sgt kurang yg tidak mempunyai akaun ini.Fenomena facebook ini semakin mendapat tempat apabila tidak kira commercial company, artist, doctor, clinic, tv programe, radio station dan lain2 turut mempunyai akaun ini. Konon nya mudah dihubungi, berkomunikasi. Mmg tak dpt disangkalkan. Tidak hairan la Perdana Menteri kita, Dato' Sri Najib Tun Razak membuat satu perjumpaan dengan rakan2 facebook nya dulu.

"It has also been banned at many places of work to discourage employees from wasting time using the service."

Hehehe..knp smpai akaun 'muka buka' ni kena banned? Kkdg, bermain dgn facebook boleh membuatkan prestasi kerja menurun, kerja tak siap sbb leka bermain dgn facebook.Bukan ke facebook hnya utk brkomunikasi..?hhm, korang lum abis explore ke? Ada game la kat facebook. Pada pendapat sy, game dlm facebook la salah satu tarikan utk mempunyai akaun facebook. Di tmpt kerja terutama government jrg kita dgr facebook ni kena banned, btol x...? Mungkinkah facebook penyumbang kpd government based company kurang meningkat? Atau sebenarnay worker government based ni dah terbiasa dgn kehidupan buat kerja ala kadar tp gaji nk tinggi... hhmm...

p/s: atau aku yg piki mcm ni..?sbnrnya tak berlaku pun...hehehe..

Friday, October 8, 2010

Syawal yang 30

Sesudah berpuasa sebulan Ramadhan, datang sebulan Syawal. Sesudah kedua-duanya, tunggu tahun depan kalau dipanjang kan umur,insyaAllah.Sepanjang berpuasa, tak makan, sepanjang syawal,makan memanjang.(dengan open house yang sebulan).
Cerita disebalik Syawal, ibadat sebulan dalam bulan Ramadhan harap dpt dikekalkan sepanjang2 usia, bkn selepas Ramadhan semua tinggal. Sebulan berpuasa bukan alasan utk makan sepuas2nya di bulan2 yg lain. Sebulan berpuasa bukan alasan utk kembali melakukan 'habit' yg telah ditinggalkan.
Cerita disebalik Syawal, jaga kesihatan sebagaimana puasa Ramadhan mengajar kita. Diiringi dengan puasa 6 hari Syawal dan puasa2 sunat yg lain sepanjang tahun.
Cerita disebalik Syawal, siap melaram lagi pegi open house, siap bergembira dengan duit raya yg dapat (dapat lg duit raya w'pun umur dah 25 thn) dan dipenghujung Syawal, siap da g tgk wayang 18 PL (bodohnye cite pirahna).hehehehe.
p/s: Baru bermakna sebulan Ramadhan dan sebulan Syawal. Gambar raya, akan diupload kemudian.ok.belum sempat nk edit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...