Membuat keputusan bukan sesuatu yang mudah. Perlu ada keyakinan, perlu ada toleransi, perlu ada faktor penyebab, pro n cons..Dan yang paling penting, cara kita berfikir. Memberi penyelesaian ke memberi masalah.Memudahkan ke Menyusahkan. Jadi,perkara yang perlu dan digalakkan buat, banyak kan solat Istikharah. Ni panduan nya:
1.Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Rakaat Pertama, AlFatihah dan AlKafirun, Rakaat ke2, Al-Fatihah dan AlIkhlas.
3.Sesudah Salam, berDoa Solat Istikharah
"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
p/s: Berkesan utk yang ragu2 dlm membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment